Saturday 26 March 2016

Selamat Datang Ke Firnas Guesthouse Kubang Kerian Kota Bharu Kelantan


Salam Pendahuluan dan perkenalan....

Firnas Guesthouse kubang kerian yang terletak berhampiran dengan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM kubang kerian). Ia diilhamkan khusus untuk pelanggan-pelanggan yang mementingkan ciri-ciri keselesaan dan pada harga yang berpatutan.

Lokasi

Kepada orang ramai yang tertanya-tanya di manakah homestay ini berada.. Homestay ini terletak berhampiran dengan HUSM (HOSPITAL UVIVERSITI SAINS MALAYSIA), KUBANG KERIAN.
Jaraknya kurang dari 0.8 km (lebih kuraang 5 minit berjalan kaki) dari HUSM memang sesuai bagi keluarga terpaksa menunggu ahli keluarga yang sakit dan terpaksa bermalam serta memerlukan perkhidmatan homestay.



Peta  Homestay



Bagi tetamu dari luar kelantan..anda tak perlu risau untuk merancang perjalanan dan masa...kami mengelak dari tersesat, kami telah memuat naik kedudukan homestay di internet untuk mencari kedudukan homestay. Ia cukup mudah..Tuan Puan boleh menggunakan applikasi Google MAP Atau WAZE, Tuan Puan akan terus di bawa terus kehadapan Homestay. Hanya taip FIRNAS GUESTHOUSE KUBANG KERIAN pada applikasi tersebut.



halaman rumah

Meh..saya terang sedikit apa yang ada di firnas homestay cawangan kubang kerian ini. Homestay ini adalah hasil transformasi daripada sebuah rumah semi D. Homestay ini nampak kecil diluar tapi kalau dah masuk mampu buat anda terkejut...Mempunyai 2 ruang utama iaitu LIVING ROOM dan HALL ROOM.




LIVING ROOM






LIVING ROOM berkongsepkan suasana japanese mampu memberi kelainan pada tetamu yang hadir. Kerusi sofanya dan meja juga unik bersesuaian dengan konsep japanese. Keunikan sofa jepun ini boleh dijadikan katil kerana permukaan sofanya yang rata dan memanjang muat untuk seorang untuk tidur. Turut dilengkapi dengan TV LED 32 inci dan ASTRO. Perkhidmatan WIFI turut disediakan..


Hall room
BILIK TIDUR

Manakala bilik tidur ada 3 bilik yang insyallah selasa untuk beradu...mau tak selesa, 2 daripada 3 bilik ada aircond..bolehla tidur nyenyak sampai pagi..tp jangan lupe  solat subuh =).Ada lagi yang menarik...bagi tetamu yang datang lebih dari satu keluarga, bilik ni sangat sesuai kerana setiap bilik dilengkapi tandas masing-masing..jadi, ada privacy la sikit.


Room 2                                                        Room 1



Room 3
Kitchen
Toilet
 dengan 3 bilik yang terletak di lokasi strategik di bandar baru kubang kerian dan daerah kota bharu. Ia juga berdekatan dengan pusat membeli-belah seperti Mydin Hyper Market, hospital,bank-bank utama dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment